Jun 12, 2013

~Aku, Dia dan Allah~

Sesungguhnya Allah menyayangi hamba2 Nya yg sentiasa bersabar apabila di uji...
ujian demi ujian dtg, aku nk jd anak yg kuat, bakal isteri yg tabah dgn ujian..semua terjadi msti ade sbb..aku yakin, Allah dh sediakan yg terbaik utk aku nnt..hidup seorg yg mukmin dan solehah di muka bumi Allah ni kne byk bersabar mnjalani liku2 hdup..

setiap hari, setiap jam, setiap detik kita brnafas di dunia ni, sentiasa ada ujian dri Allah.. time tu la syaitan iblis start nk hasut hamba Allah ni jd sesat, ingkar dgn perintah Allah, x dpt nk terima ujian drp Allah.. kadang2 aku lemah dgn keadaan sekarang..mcm2 mslh dtg..aku tahu bnda tu adalah ujian bg aku..aku trlalu lemah utk hadapi nya sorg2..masalah aku sndri x dpt d kongsi dgn org, aku thu, bnda ni akn membebankan org...klau ikut kisah aku dri kecik smpai besar, aku byk berubah.dari teruk kpd baik..aku sedar, aku di lahirkan dri keluarga yg susah... kadang2 aku mnghukum dri aku sbb kn keadaan mslh aku.. mngkin ade sbb knape aku x dpt smbung pendidikan, ade sbb jgk knape aku di plih msuk ide shah alam..ade sbb jgk aku pilih hakim utk jd pelindung aku..ade sbb jgk aku knal die rapat just 2 bln n trus tunang, ade sbb jgk knape aku kawen awal..ade sbb jgk knape hdup aku pnuh masalah yg org x kn pernah tahu..semua tlh di aturkan oleh Allah..

Allah maha pemurah..aku dpt rasakn setiap doa yg aku doa dri aku kecik smpai skrang, Allah bagi je apa yg aku mnta..time kecik, aku kulit gelap, org slalu duk perli aku, kutuk aku sbb aku hitam..time tu aku drjah 3..aku sedih..setiap kali solat, aku brdoa, Ya Allah Ya Tuhan ku, kurniakan aku kulit putih, bia org suka aku..mmg cara aku tu lucu, tp Allah maha mendengar setiap doa org yg teraniaya..alhamdulillah, form 4 aku start putih :') ahahhaha...jangan brputus asa dlm brdoa. dlm fmly aku, aku lah yg paling low iQ dlm blaja..mcm2 dh abah nga umi wt nk sruh aku blh cemerlang...n aku dh byk usaha..time form 4, aku lah paling rajin, aku lah kaki blik stdy..tp Allah bg ujian kt aku, aku dpt result yg teruk..setiap kali dlm solat, aku brdoa, Ya Allah, kurniakan aku sebuah kejayaan dunia dan akhirat..Allah maha mendengar doa hamba Nya..Dia bg peluang utk aku smbung blaja di uitm kedah..time kt uitm kedah, aku dh standby dgn apa skali pn dugaan yg dtg sbb aku tahu, kos yg aku amik tu kne pkai duit yg byk..sehinggakan time part 2, fmly tnye aku still nk smbung blaja lg ke x di sbbkn ekonomi kluarga aku kurang..siyesly, aku kesian dkt umi ngan abah trpksa tnggung aku...tiap hari aku brdoa, kurniakan rezeki yg halal utk aku, alhamdulillah, aku dpt sket duit dri sumber yg halal..tiada yg lain selain ibu bapa aku yg penat lelah cari rezeki utk aku..

niat yg baik, akan di balas dgn kebaikan..brdoa adalah senjata yg paling utama dlm kehidupan.jika dgn doa pertama Allah tdk bg apa yg kita mnta, insha Allah, nikmat yg kita peroleh dri doa2 seterusnya akan lebih bermakna dan di luar jangkaan kita..Janji Allah itu pasti..keampunan Allah lebih besar dari kemurkaan Allah.. Allah syg hamba Nya yg taat kpd Nya..jgn berhenti brdoa wlau susah dan senang.

Alhamdulillah, Allah dgr doa aku ketika dlu2.. Ya Allah Ya Tuhan ku, kurniakan aku org yg dpt mnjaga aku, yg menyayangi aku, mngambil berat tentang aku, sblm aku mnghembus nafas aku yg terakhir..temukan aku dgn jodoh aku, sblm aku menutup mata..hdup aku sunyi, aku prlukan tmpt utk mengadu masalah peribadi, masalah keluarga, sahabat dan masalah belajar..Alhamdulillah, Allah kurniakan aku org yg menyayangi aku, org yg memahami aku, org yg rapat dgn fmly aku, org yg menyayangi fmly aku.sanggup brkorban apa sja..dia adalah kurniaan Allah kpd aku.hnya dgn perkenalan 2 bulan, yg sebelumnya tiada sedikit pn perasaan antara satu sama lain, dgn kuasa Allah s.w.t ciptakan dan titipkan rasa kasih syg dlm hati aku dan dia..sehingga sekarang, aku syg dia krn Allah swt..sungguh indah perancangan Allah. Aku redha dgn ketentuan Allah, jika aku di jmput Allah, sekurang nya aku dh kenal dan tahu siapa jodoh aku..itu doa aku utk knal siapa jdoh aku sblm aku mnghebus nafas utk kali yg trakhir..Setiap kali lpas solat, aku brdoa kpd Allah supaya aku dpt balas jasa org2 yg aku syg..umi abah, bakal zauj aku, adik beradik, kawan2..
Insha Allah, aku yakin dgn ketentuan Allah, Dia maha pemurah, penyayang, maha mendengar..

jangan berputus asa dgn ujian yg Allah berikan..fikirkan, nikmat yg berlipat ganda menati di hadapan org yg sentiasa bersabar... Rabbi Yassir Wala tuassir Ya Karim...inshaa Allah everything is gonna be ok..amin...





p/s:: thanks awak sbb sudi jd kawan sy, sahabat sy, adik beradik sy, jd body guard sy, dan yg paling penting, jadi bakal zauj sy..insha Allah hngga akhir hayat..amin... :')

Feb 2, 2013

~istiqamah~

Ya, sungguh diri ini ingin berubah ke arah yg lebih baik..ujian dan dugaan selalu bertandang,,namun dri ini sedar siapalah izzah utk mengeluh ujian dan dugaan yg di beri, namun Izzah kne tabah lalui nya..ya, izzah perlukan bantuan dari teman2 utk izzah terus tabah dalam ujian ini..sungguh izzah rindu dgn perubahan dlm dri..izzah cuba, dan cuba..insha Allah Dia bg hidayah utk izzah terus berjuang di jalan Nya..

Sesiapa sahaja ingin kn perubahan ke arah kebaikan,,izzah x terlepas dri salah seorg dri nya..insha Allah izzah tetapkan niat izzah utk berubah ke arah lebih baik supaya izzah tergolong dlm kalangan muslimah yg di redhai Nya..

Kawan2, sahabat2, teman2 dan saudara2 sekalian, izzah memohon untuk sama2 doakan semoga kita sama2 berubah ke arah lebih baik dan menjadi sebahagian dri ahli syurga Nya nnt..insha Allah..amin...

Dec 14, 2012

Saat Aku Bernikah (Bahagian 1) by iluvislam

"Aku dah berbincang dengan parents aku. Diorang bersetuju untuk berkenalan dengan keluarga sebelah sana, hujung minggu ni".

Aku membalas dengan senyuman. Mengucapkan tahniah kepada sahabatku. Sudah melangkah lagi setapak ke hadapan. Alhamdulillah. Sebelum ini, ibu bapanya seolah-olah menghalang. Tidak bersetuju.
Antara alasan 'typical' yang digunakan ibu bapa adalah:

(1) "Nanti dah berkahwin, nak bagi anak bini makan apa? Pasir?"

Bukanlah bermaksud aku tidak bersetuju dengan pandangan sebegitu. Realitinya, kita perlukan duit dan harta, demi sesuap nasi. Berpijak dibumi yang nyata. Ibu bapa berbicara berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Penat lelah membesarkan kita. Jangan dinafikan pandangan mereka. Cuba berlapang dada. Mereka ingin melihat reaksi kita; samada terus memberontak atau terus bersabar jika mereka menghalang niat suci kita. Yang mana satu pilihan kita?

Namun, jangan dilupakan apa yang telah dijanjikan Allah di dalam Al Quran;

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur ayat 32)

Rezeki tu rahsia Allah. Jika seorang anak lelaki sudah berusaha untuk bekerja sambilan sambil belajar, demi menunjukkan kesungguhan dalam mencari rezeki, mengapa tidak diberikan peluang kepada anak tersebut? Tak kira sehina mana pun kerja tersebut, seperti 'cleaner' mencuci tandas. Biar hina di mata manusia, tetapi tidak hina bagi Allah. Rezeki halal. Ibu bapa juga harus pandai menilai usaha yang dilakukan anak. Jangan hanya terus menggunakan kuasa 'authoriti' tanpa memberikan peluang untuk berbincang dengan anak. Seolah-olah pandangan anak adalah 100% salah.

Namun, jika seorang anak itu tidak menunjukkan kesungguhan dalam mencari rezeki serta hanya mengharapkan duit ibu bapa, mungkin perlu difikirkan semula samada nak berikan 'green light' atau tidak kepada anak tersebut.

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;..................."
(Surah An-Nur ayat 33)

Jangan hanya pandai bercinta. Soal rezeki, diserahkan kepada ibu bapa pula.

2) "Kau tu muda lagi, mana boleh berkahwin"

Soal umur. Antara perkara sensitif dalam kalangan masyarakat kita. Masyarakat begitu mudah menilai isu umur. Lebih tua dikatakan lebih matang. Lebih muda dikatakan tidak matang. Begitu hebatnya kuasa angka!
Matang bukanlah dinilai berdasarkan bilangan angka. Ada sahaja yang masih muda, tetapi berfikiran matang dan hebat dalam berbicara.

Apa definisi matang bagiku?



Matang dapat dinilai dari segi kehidupan sehariannya. Dari seawal bangun tidur, sehinggalah bersiap-siap untuk tidur semula. Perkara yang paling mudah. Adakah dia membaca doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur?


Adakah dia meletakkan 'addin' atau Islam sebagai gaya hidupnya? Adakah dia melaksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya? Bagaimana pula pergaulannya dalam seharian? Adakah dia sensitif dengan isu-isu semasa? Adakah dia mampu mengawal diri tatkala diri ditimpa musibah?
Jika soalan-soalan di atas dapat dijawab dengan baik, maka itulah matang bagiku.

Begitu besar definisi matang. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.

"Aku dah matang sebab dah lama tak tengok kartun."

"Aku dah nak kahwin. Jadi, aku kena berubah menjadi matang."

Dalam suatu kisah, Imam Abu hanifah berjumpa dengan seorang budak. Budak tersebut kelihatan seakan-akan ingin tersadung, dek kerana selipar yang dipakainya.
Imam Abu Hanifah menegur; "Kau akan terjatuh kerana selipar itu." Imam memberikan peringatan.
Kemudian, budak tersebut menegur; "Bukankah engkau Imam Abu Hanifah?"

"Iya, akulah Imam Abu Hanifah."

Budak tersebut memberikan nasihat;

"Sekiranya aku tersadung, aku hanya akan tersadung di dunia, disebabkan selipar ini. Tetapi, sekiranya engkau wahai Imam Abu Hanifah, tersadung disebabkan jawatan engkau, engkau bukan sahaja tersadung di dunia, malah engkau juga akan tersadung di akhirat".

Imam Abu Hanifah menangis.
Subhanallah! Seorang budak menegur seorang ulama yang hebat! Tanpa mengira usia! Jika kejadian ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita, aku sudah dapat mengagak kejadian yang akan berlaku.

"Kurang ajar punya budak! Kecil-kecil lagi dah pandai menjawab!"

Begitulah realiti masyarakat kita. Terlalu merumitkan isu umur.
Sewajarnya ibu bapa perlu pandai untuk menilai kematangan seseorang anak. Perhatikan kehidupan sehariannya ketika bercuti semester di rumah.
Adakah dia ringan tulang, menolong melakukan kerja rumah? Adakah dia berkawan dengan orang yang baik-baik? Adakah dia selalu pergi menunaikan solat di masjid? Adakah dia selalu mengisi masa-masa lapang cutinya dengan perkara-perkara bermanfaat?
Jika jawapannya 'ya', maka berani aku katakan,

"Mak cik dan pak cik, berilah peluang kepada anakmu. Berbincang secara ilmiah mengenai pendiriannya untuk bernikah".

Tetapi, jika jawapannya 'tidak', maka akulah orang pertama yang akan menghalangnya untuk bernikah. Sungguh, dia belum bersedia memikul tanggungjawab untuk bernikah. Kasihan bakal isterinya!

Lakukan Step By Step

"Tapi, parents aku cakap, aku tetap kena kahwin lepas grad, insyaAllah dalam dua tahun lagi. Jadi, buat masa sekarang, aku buat apa yang termampu dulu. Kenalkan dengan ahli keluarga kedua-dua pihak."

Aku kagum dengan kematangan sahabatku dalam berfikir. Sungguhpun umurnya masih muda. Beliau melibatkan ibu bapa dalam urusan sebegini. Ada sahaja dalam kalangan sahabat aku yang 'hangat bercinta' namun apabila ingin bertemu keluarga, menolak. Aku 'anti' dengan lelaki sebegitu. Manis bicara di hadapan wanita. Tetapi tidak mahu serius dalam perhubungan. Tidak mahu berjumpa dengan ibu bapa.
Rasulullah saw bersabda:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Parah apabila sudah hanyut dalam percintaan. Sanggup mengenepikan ibu bapa. Begitu mudah seorang anak melupakan jasa ibu bapa yang membesarkannya sejak kecil. Itulah kuasa cinta. Sehinggakan ada yang sanggup kahwin secara diam-diam!

Ibnu Qayyim al-jauziyah pernah mengatakan bahawa; 'cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'.
Jika kita mencintai seseorang kerana hartanya, maka hartanya akan lenyap jika muflis.
Jika kita mencintai seseorang kerana kecantikannya, maka kita akan meninggalkannya tatkala dia tua.
Jika kita mencintai seseorang kerana agamanya, maka kita akan bahagia kerana jika agamanya baik, maka secara 'automatik' cantik dan hartanya juga akan menjadi baik.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rancang dari awal. Lakukan step by step! Jika sudah ada calon, kenalkan dengan ibu bapa. Muliakan mereka. Maka hidup kita akan aman. Dunia mahupun akhirat.

Kepada ibu bapa, jika anakmu benar-benar bersedia, sungguhpun masih muda, mengapa tidak, untuk sama-sama berbincang dahulu? Tidak semestinya pendapat anak adalah salah. Berikan peluang untuk berbincang. Bermusyawarah dengan hati, bukan dengan nafsu.
Wallahua'lam.
~ Ikuti sambungan Saat Aku Bernikah (Bahagian 2)
- Artikel iluvislam.com

~Aku hanyalah remaja biasa~

Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana.

Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."
Allah berfirman:
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)
FirmanNya lagi:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)
Allah berfirman lagi;
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah.
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut.
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah.
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)

retrived from: iluvislam.com 

Nov 21, 2012

~unformal entry ^_^~

assalamualaikum...saya nak wt entry yang . ok silap,,kali ni saya nak wt entry yang tyo type tanpa tekan backspace.heheheh.bru la osle osem.hahaha,ok , hari ni ade klas satu je. pastu rasa macam nk duk rei rilek je.sbb sminggu ni penat duk wt kejar assignment yang tersangat banyak..hope kawan2 yg terdekat faham la ye keadaan sy..kesian .

first skali, tadi klas bel..da la ade speeking speaking test, first2 tu comfi confident level tu tinggi menggunung, tp tibe je dekat kawan yg gugup tahap tenuk nk gugur anak sekor,, time turn aku je,,mcm2 x kena..aparaaaaa~sume confident aku hilang..taik kamben tol la...hahhaa.

yeayyy~ sabtu oppsss bkn , ari ahad ni aku konvo..ngeeee~wish me gud luck ye kt pentas nnt.hope sume nye brjalan ngan lancar...sblm tu,,aku nk tunjuk gama gamba pre convo aku..hehehhehe...
ni die :)

ok  x jadi nk upload..internet lembap lah..mm maaf ye l kawan..hihiiii...ok, da xde idea nk mulis mnulis...nanti klau ade suggestion ke ae nk kongsi pendapat sal pape ke, just leave a comment n we discuss tugetg together ye...sharing is caring kn...kongd kongsi mengkongsi itu adalah amalan mulia...hihihihi...
itu saja pembobelan hari ini..wsslam..

Nov 3, 2012

~untuk mu yang akan mendampingiku~

letih,
mungkin itu yg akan ku rasa
mencarimu dalam bayang

melayang,
melayang angan terbuai usia
bergerak naik menuju ke pusara
tidak henti terus mencari
tambatan hati yang dinanti-nanti

kuberdoa pada pemilik hati
Yang menggengam nyawa dan nasib diri ini
apabila dia membaca tulisan ini
semoga hatinya boleh menjadi hati yg suci

mungkin selama ini aku terlalu memilih
atau mungkin tiada yg dipilih
semuanya menjauh
tidak terlihat dan tidak tersentuh

kini segalanya harus dimulakan
dari niat tulus yang tidak ternilai
terlalu mulia untuk dinilai
terlalu tinggi utk di tuai

Dalam sujud hati
kami berdoa pada ilahi
agar segera bertemu kekasih hati
yang menemani kami ke syurga abadi
aku benar-benar tidak tahu
apakah kamu atau siapa pendampingku
namun jika memang sudah takdirku
semoga hatiku boleh bersanding dgn hatimu..


::Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,, andai dia adalah jodohku,, titipkan lah rasa cinta dlm hati aku untuk dirinya,, dan jika dia bukan jodoh ku, Kau tunjukkan lah jalan untuk aku lepaskan diri dari cinta nya dan kurniakan pemilik hati aku yg beramal soleh..amin..

citation from: buku: Ya Allah, Diakah Jodoh ku by Burhan Sodiq.. creadit to him ^_^

Nov 2, 2012

~knal dri kamu se kenal2 nya dahulu~

ya, sy mngaku, saya masih mencari2 siapa diri sy sebenar..
klau kamu dh thu diri kamu sbnar nya tu, kamu x kn berkelakuan buruk mcm ur old history dgn hanya sifat amarah yg wujud dlm hati kamu. amarah yg x boleh nk kawal oleh hati dan fikiran,, perception org kt kamu dh lain tau, mungkin kamu x sedar, org lain yg sedar..masyaAllah..
sedih dpt tahu org2 yg berhati mcm tu..siapa pun kamu bg sy, hanya saya dan Allah je tahu..x perlu di luahkan atau bg tau kt org.keikhlasan sbnarnya wujud klau hormat dri sndri dan org lain..

jujur sy katakan, klau di beri peluang utk jd HARI, saya akan jd hari ESK dan x nk jd hari SEMALAM..sbb hari ESK xkn pernah hilang di dunia ini melainkan tibanya hari AKHIRAT, sy sentiasa mahu kehadapan,, sy nk lupakan apa masalah sy, sy nk lupakan sejarah silam sy, sy nk lupakan kekecewaan sy.. nk jadi kan bende tu sume sbgai jalan utk betulkan diri saya kerana saya tahu sy seorg yang HINA disisi Allah~ subhanallah.. :'(

Oct 31, 2012

~subhanallah~

:''((
Allahuakbar.. Allah x kn menguji hamba Nya di luar kemampuannya..setiap kali terfikir sal bnda ni,,hati aku alhamdulillah tenang...setiap apa yg berlaku,,aku pasti dan yakin bahawa Allah dh sediakan benda yg terbaik utk aku di sebalik ujian yg Dia bg.. Tu islam ada mngatakan, kne yakin dan percaya pada Allah swt.. yakin ni bermaksud kita betul2 tahu yg Dia wujud dgn Zat-zat Nya. pape pn,kite knal dlu Tuhan kita..knal sifat 20 Nya.. sifat2 Tuhan byk, tp hanya 20 je yg tercapai akal kita sbg hamba Nya.

Sbgai manusia yg dilahirkan serba kekurangan ni,, sy sedar siapa dri sy,, sy layak di tegur dan menegur..sbb tu adalah tanggungjwb seorg mnusia..tapi kadang2,, sy rasa sy 'TIDAK LAYAK' menegur org yg sy rsa patut di tegur,,sbb sy thu sy belom ckup sempurna,,nnt akan brlaku perselisihan dan pertelingkahan oleh di sebabkan masa lampau kita. sy pernah kne mcm2 pasal tegur menegur ni,,sy rsa lbih baik kita berdoa supaya Tuhan buka hati org2 tersebut utk berubah. subhanallah... :'(

sy slalu mngujikaji dri ni, nk tahu tahap kebolehtahanan hati dan perasaan..subhanallah,,susah nk ungkap,,sy sebenarnya x kuat utk melawan hati dan perasaan yg kadang2 menipu..sbnarnya ia bkn menipu, di sengajakan sebut ''menipu''..ia adalah satu ujian sbnarnya..tp sy x kuat utk hadapi nya..(setan byk menghasut),,allahuakbar,,lg skali sy lupa ujian Allah,,setan tu kan makhluk mcm kita,,cme die di cipta dri api..ternyata kita lebih kuat dri benda alah tu..dan janji die utk menyesatkan kita utk sama2 terjun ke dlm neraka brsama nya di akhirat kelak..nauzubillah..die makhluk yg mungkar kpd Allah..xkn kita nk jd mungkar jgk..nauzublillah..insyaAllah hati kita, jiwa kita, dri kita dan iman kita akan terjaga jika kita sentiasa berada bersama Allah swt..

tiada ungkapan lain selain Allahuakbar,, memuji keEsaan Nya, memuji keBesaran Nya.. dia jadikan akal untuk kita berfikir mana yg baik dan buruk..dia bg kita pilihan sama ada memilih kebaikan mahupun keburukan..kebaikan ganjarannya Syurga, malah keburukan ganjaran nya Neraka..nauzubillah..semoga Allah tempatkan kita di Jannah Nya akhirat kelak..insyaAllah..

Lahirnya satu roh yang di tiup kedalam rahim ibu iaitu alam rahim,, seusia kita 4 bln, bru lah di tetapkan rezeki kita apa, ajal maut, jdoh pertemuan dan kematian..setelah 40 hari berada dlm rahim ibu, bru la kita di benarkan mnghirup udara di bumi Nya iaitu alam dunia..alam yg penuh dgn dugaan dan cabaran..alam yg di beri utk kita cari bekalan2 utk alam akhirat kelak..bayi yg baru lahir, setelah ayah kita melaungkan azan bg lelaki dan melafazkan iqamah bg perempuan,,bermulanya detik kita sbagai seorang muslim dan muslimah utk memperjuangkan agama Nya...alam yg seterusnya ialah alam akhirat..alam yg nyata, kekal selamanya..mati adalah pengakhiran utk alam dunia dan mati juga adalah permulaan utk alam yg baru dan kekal,,iaitu alam akhirat..subhanallah..jauh nya perjalanan utk menuju Jannah Mu ya Allah.. :'(
byk lg alam2 yg perlu kita tahu..apa2 pn,,kita wajib mempercayai alam2 ghaib spt alam akhirat dan sbgainya..

jujur saya katakan, sy hanyalah hamba Nya yg lemah, yg terkapai2 mencari keredhaan Nya, yg keji di mata Nya, dan yg paling hina disisi Allah swt..tegurlah sy, perbetulkan sy, pimpin sy ke jalan Nya yg lurus..kadang2 sy lalai, sy buta hati, buta fikiran, tp apabila sy ingt Allah,,insyaAllah sy akan perbetulkan apa yg terkurang, apa yg tiada, apa yang kosong menjadi sesuatu yg bermakna utk diri sy dan roh sy.. tiada ubt selain doa2 dari kalian utk sy berubah kearah kebaikan dan ke arah jalan Allah..

jika tiada iman, tiada agama, tiada pegangan, tiada kepercayaan, hidup ini bagai  seseorg yg terjun dari puncak gunung bara api yg tinggi ke lautan nanah yg penuh duri2 lantas tersiat kulitnya dan disimbah timah2 yg panas lg melecur hingga ternampak sebesar zarah urat nadi nya hinggakan tiada lg darah yg keluar nmun masih bernyawa..subhanallah,,,nauzubillah..itu bru perumpamaan balasan di atas dunia betapa perit nya,,tetapi balasan di akhirat adalah berlipat kali ganda..semoga sahabat2 sekalian di jauh kan dri azab api neraka..nauzubillahiminzalik..


semoga dri kita di kalangan para solehin dan para solehah kelak dan di kalangan bidadari syurga nnt insyaAllah..hulurkan tangan kalian untuk pimpin daku ke arah jalan Allah jln yg sebenar benarnya. andai daku tersungkur, sambutlah daku dgn doa mu, insyaAllah akan ku gapai sekuat2 nya huluran kalian..Allah sahaja yg layak memberi ganjaran kpd hamba yg mulia spt kalian..insyaAllah..amin ya rabb...

subhanallah..wassalam..

dri pendeta yg hina dina :'(

Oct 15, 2012

~semua adalah kehendak Allah dan mukjizat Nya~

allahurabbi...
begitu berat ujian dtg...ampun kan aku jika ade keluhan di sebalik ujian yg Engkau turunkan utk aku ya Allah..kuatkan imanku..permudahkan urusan ku Ya Allah,..aku ingin jadi hamba Mu yg taat pd agama Mu ya Allah.. :'''(((
ya Allah Ya Tuhan ku,ampunkan dosa ku walau sebesar zarah pn..setiap hari aku melakukan dosa pd Mu ya Allah..sungguh aku x kuat..kurniakan jlan penyelesaian yg dpt aku kembali ke jln Mu yg abadi..
jika di hari ini, di saat ini adalah masa terakhir ku,,ampunkan segala dosa yg pernah aku lakukan pada ibu bapa aku,,sesungguhnya aku amat sygngi mereka Ya Allah...izinkan aku membalas jasa mereka seblm masa terakhir aku itu ya Allah..izinkan aku kucup pipi mereka dan ingin mereka tahu bahawa aku adalah anak yg mereka banggakan dan x kn jumpa di mana2 pelusuk dunia..demi Allah aku sedang menitis air mata terkenangkan mereka di saat ini..Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,,panjangkan umur mereka ya Allah..:''((

ya Allah ya Rahman, ampuni dosa aku jika aku pernah melukakan hati sahabat2 aku ya Allah..hati ini hanya Mu sahaja yg tahu, setiap perlakuan ku yg x baik tu adalah tdak di sengajakan dan aku tidak maksudkan nya..ampuni dosaku jika mereka terluka kerana aku..sesungguhnya aku hanya hamba Mu yg lemah..ampuni dosa aku jika aku sudah melukakan hati seorang sahabat yg ingin berbuat baik kpd ku..ampuni dosa ku jika aku telah melukakan hati org yg menaruh harapan utk mencintaiku..sesungguhnya aku tidak bersedia lg ya Allah..Engkau kabarkanlah pd mereka melalui mukjizat Mu bahawa hamba Mu ini ingin mencari keredhaan Mu ya Allah, ingin mencari cahaya syurga Mu, ingin menjadi ahli syurga Jannah Mu, ingin berada di bwah lindungan Mu..insyaAllah..amin ya Rabbal al amin...subhanallah :'''(((

Sep 22, 2012

~susah nk menipu diri sendiri~

kita x bole nk menipu sang hati..makin di paksa hati utk melupakan seseorg makin dekat la plak die dtg..sumpah aku x nk ade ngan ko wahai perasaan..aku nk hidup ngan life yg baru.npe ko asyik dtg dlm mimpi aku yg ko dtg merayu2~ mcm ade sesuatu je..aku cube nk lupakan kisah2 silam yg bungok tuh..ko ckp ko x besedia, tetibe dtg yg lg hot ko besedia la.ni yg wt aku nk gelak smpai pecah perut ni..x rasa besalah plak knnnnn..wahahahahahahahahahahahahaahah  :D





nk menangesss sbnarnye.... :''''''((((((





harap tuan empunya diri sedar atas ape yg die dh wt kt org sekeliling die dan apa janji die sblm ni~